Pages

Selamat Datang ke blog penuh informasi saya, dapatkan info tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sini.. =)

Teks2

Selasa, 22 Mei 2012

Sejarah SUKMA

Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator


SEJARAH SUKAN MALAYSIA


Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara.

Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah.

Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya.

Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya ’98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya ’98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakalan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan.

Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. Selepas kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan dengan proses penggiliran mengikut zon.

Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini.Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini.

Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang hanya menjadikan keutamaan kedua.

Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan semasa. Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten.

Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan 0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta inipun, tidak akan timbul isu yang besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan tersebut malah menerimanya secara ‘gentelmen’. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan rumah datangnya melalui acara-acara dari ‘measurable sports’ yang tidak boleh dipertikaikan keputusannya.

Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet secara on-line’ dan juga diperolehi secara ‘hard copies’ di semua premis yang telah ditetapkan dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi, persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. Perkara ini merupakan satu kekuatan dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan liputan mereka.Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat.Sebelum ini pengurus pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja.

Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan lagi.Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMS mereka tiga bulen sebelum. Ini bermakna tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.


Latarbelakang

Seminar Pengelolaan Sukan Malaysia setiap tahun telah diadakan pada 27 dan 28 September 2010 di Hotel Pearl International. Seminar ini telah dihadiri oleh Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri, Wakil dari Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Setiausaha/Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Universiti Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil-wakil media dan orang perseorangan bagi mendapatkan pandangan berkenaan perlaksanaan Sukan Malaysia pada setiap tahun.

Cadangan pengelolaan Sukan Malaysia pada setiap tahun telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia pada 8 April 2010 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada 27 Mei 2010. Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah bersetuju pengelolaan Sukan Malaysia akan diadakan pada setiap tahun.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 kali pertama yang diadakan pada 10 Januari 2011 telah memutuskan sebanyak 20 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya kali ini.

Pengelolaan

Tarikh pengelolaan Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 adalah pada 02 Jun hingga 12 Jun 2011.

Sebanyak sembilan belas (19) jenis sukan sahaja akan dipertandingkan di Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011. Pengesahan sukan-sukan ini juga berdasarkan maklumbalas daripada negeri-negeri yang berakhir pada 15 Mac 2011yang lalu.








Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

Dasar 1 Murid 1 Sukan



Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah.

   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. 

   Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri yang akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan
   di sekolah-sekolah.

   Semua Pengetua, PPD dan JPN diarahkan supaya mengambil tindakan terhadap pelaksanaan dasar ini sejajardengan hasrat kita untuk Konsep 
   1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

   Dasar 1M1S ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
   Ia juga selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, iaitu bermula dari peringkat sekolah melalui
   2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.





   Matlamat
   i. membangunkan modal insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun
  ii. memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas

   Objektif
   - meningkatkan kecergasan jasmani
   - membentuk sahsiah, jati diri,disiplin dan nilai murni
   - memupuk perpaduan di antara kaum
   - membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
   - memenuhi naluri semulajadi murid
   - memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
   - mewujud landasan ke arah kecemerlangan sukan

   Penilaian
   - Sistem penilaian yang sedia ada berasaskan kepada:
      i.   kehadiran
      ii.  jawatan serta sumbangan
      iii. penglibatan
      iv. pencapaian
   ** Perubahan pada sistem penilaian ini akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.



Muat turun di sini :










Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

Isnin, 21 Mei 2012

Pemakanan Seorang Atlet





ANTARA individu yang paling ditekankan pemakanan mereka ialah seorang atlet sukan kerana

makanan merupakan sumber tenaga terpenting bagi membolehkan mereka sentiasa cergas dan berkeupayaan untuk terus bersukan.

Namun, terdapat juga atlet sukan yang cuba mengambil jalan pintas dengan menggunakan dadah sebagai perangsang kekuatan tenaga dan ini jelas melanggar etika ahli sukan dan boleh digugurkan terus daripada mana-mana pertandingan.

Secara umumnya, makanan untuk seorang atlet sukan harus mengandung zat gizi yang sesuai dengan keperluan aktiviti seharian mereka serta keperluan untuk bersukan. Makanan atlet sukan harus mengandungi zat gizi penghasil tenaga dengan jumlah
yang tertentu.

Selain itu, makanan itu juga harus mampu menggantikan zat gizi di dalam tubuh yang berkurangan akibat digunakan untuk aktiviti bersukan.

Aturan makanan terhadap seorang atlet sukan perlu dibuat secara individu dan pengambilan makanan harus mengambil kira jantina atlet, umur, berat badan dan jenis sukan.

Pengambilan makanan juga harus mempertimbangkan jangka waktu latihan,tempoh pertandingan dan masa pemulihan semula selepas bersukan.

Pergerakan yang terjadi pada atlet semasa bersukan adalah kerana adanya
kontraksi otot. Otot dapat berkontraksi kerana terdapat pembebasan tenaga berupa adenosine triphosphate (ATP) yang tersedia di dalam sel otot.

Jumlah ATP ini terbatas dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga hanya dalam waktu 1 - 2 saat sahaja. Kontraksi otot akan tetap berlaku apabila ATP yang berkurang dibentuk semula .

Pembentukan kembali ATP boleh berlaku hasil sumber seperti fosfat, glukosa, glikogen dan lemak. Secara tradisionalnya, atlet diharuskan memakan lebih banyak daging, telur, ikan, ayam, dan makanan yang kaya dengan sumber protein kerana menurut teori, protein akan membentuk otot yang diperlukan oleh atlet sukan.

Hasil penyelidikan bagaimanapun membuktikan bahawa bukan protein berlebihan yang membentuk otot melainkan latihan yang intensif. Untuk membina dan memperkuatkan
otot, atlet harus melakukan latihan ketahanan seperti angkat berat di dalam program latihan mereka.

Menu seorang atlet sukan harus mengandung semua zat gizi yang diperlukan iaitu karbohidrat,
lemak, protein, vitamin, mineral dan air.Menu atlet sukan disusun berdasarkan jumlah keperluan tenaga dan komposisi gizi yang menghasilkan tenaga yang seimbang.

Ia harus mengandung karbohidrat sebanyak 60 hingga 70 peratus, lemak (20 - 25 peratus) dan protein sebanyak 10 - 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga
yang diperlukan.


Pola pilihan makanan untuk atlet sukan

Pilihan paling bagus:
- Tinggi karbohidrat, rendah lemak, sumber vitamin dan mineral yang baik.

Pilihan yang bagus:
- Makanan bergizi, lebih sedikit karbohidrat dan lebih banyak lemak daripada
makanan ‘Pilihan yang paling bagus’. Nikmati secukupnya dan pilihlah makanan
lain yang dapat menyeimbangkan menu.

Berhenti dan pertimbangkan:
- Tinggi lemak dan rendah kandungan gizinya. Nikmati sedikit pada makanan anda atau diambil sekali-sekala.

Rendahkan tenaga ,Lebihkan karbohidrat
-Tambahkan makanan sumber karbohidrat di piring anda seperti nasi, mee, roti, kentang.


Nasihat penting: Makanlah makanan yang seimbang
-Tidak ada satu makanan pun merupakan makanan ajaib yang dapat memberikan
tenaga dan kekuatan serta merta.

- Sangat mustahak untuk mengambil makanan beraneka ragam untuk keseimbangan
suapan zat gizi

1. Tinggi karbohidrat : menyediakan cukup tenaga sepanjang latihan dan sentiasa sihat tubuh badan.

2. Rendah lemak : menjaga lemak tubuh sentiasa rendah dan menyediakan tempat untuk karbohidrat.

3. Cukup protein : menjaga tubuh dalam bentuk tubuh yang ideal.

4. Vitamin dan mineral : Makan aneka ragam makanan untuk menjamin vitamin
dan mineral diambil sepenuhnya. Semakin berwarna makanan di piring anda, semakin keperluan vitamin anda dapat dipenuhi.Pilihlah makanan yang tinggi kalsium dan zat besi.

Trivia:
BIJIRIN dan sayur-sayuran mengandungi
khasiat dan zat yang tinggi dan
sesuai untuk sajian ahli sukan.

BUAH-buahan dengan kandungan vitamin,
protein, mineral dan air digalakkan kepada
mereka yang sering bersukan.

SESEORANG atlet harus mengawal pemakanan
mereka dan tidak mengambilnya secara sembarangan. 










Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

Perspektif Islam Tentang Sukan




Apa yang Islam katakan tentang sukan dan sukan? Apakah ada sukan yang tidak dibenarkan? Apakah ada aturan khusus untuk laki-laki atau perempuan? Bolehkah anda bermain sukan dengan suami anda?
Allah mengharapkan Muslim untuk merawat tubuh mereka untuk yang terbaik daripada kemampuan mereka.Obesitas, kelemahan, dan kemalasan fizikal penderitaan tercela. Walaupun kematian yang sangat mungkin memotong kita hari ini atau besok, kita fizikal harus mempersiapkan diri untuk menyembah Allah di usia tua kita, harus Dia memberi kita umur panjang.
Sementara kesihatan yang buruk dan penyakit ini sering di luar kawalan kita, kita harus mengambil tindakan yang sedia bagi kita untuk menjaga kesihatan fizikal kita. Tubuh kita adalah limpah kurnia dari Allah, dan kami akan bertanggungjawab atas bagaimana kita menggunakannya.
Selain itu, seorang Muslim harus dapat membela orang atau sendiri dari pencerobohan (yang memerlukan kekuatan fizikal) dan harus bersedia untuk perjuangan di jalan Allah, seharusnya peluang tersebut muncul.Untuk alasan ini, Nabi (damai dan rahmat atasnya) mengatakan:
"Orang percaya yang kuat adalah baik dan lebih dicintai Allah daripada orang percaya yang lemah, sementara ada baik di kedua-dua." (HR Muslim.)
Ada banyak tradisi di mana Nabi (damai dan rahmat atasnya) disyorkan seni bela diri tertentu untuk menjaga kesihatan dan mempersiapkan orang percaya untuk situasi pencerobohan luaran. Jadi, dia telah mengatakan (damai dan rahmat atasnya):
"Setiap tindakan tanpa mengingati Allah adalah baik alihan atau kelalaian kecuali empat tindakan: Berjalan dari target ke target [selama latihan panahan], latihan kuda, bermain dengan keluarga, dan belajar untuk berenang." (Dilaporkan oleh Tabrani.)
Perlu diingat bahawa Nabi dan para Sahabat alami sihat secara fizikal. Hidup lebih tangguh saat itu - jarak jauh tertutup dengan berjalan kaki, laki-laki diburu dan bertani makanan mereka untuk bertahan hidup, dan di sana tidak ada rekreasi kepada - seperti televisyen - untuk menghasilkan kemalasan dan sisa berjam-jam waktu dinyatakan konstruktif. Saat itu hampir diandaikan ketika itu bahawa orang percaya akan sihat secara fizikal.Tidak sampai generasi berikutnya bahawa para ulama mengalami obesitas aktual dan kemalasan.
Seorang muslim moden harus menyisihkan waktu harian atau mingguan untuk menjaga kesihatan fizikal nya.Gym rata-rata hari ini merangkumi jenis kelamin dicampur dalam pakaian mengungkap dan muzik keras dan dengan demikian harus dielakkan. Jika berjalan di luar bukanlah pilihan praktikal, pertimbangkan membeli treadmill untuk rumah dan mungkin beberapa bobot. sukan terancang seperti bola basket dan sepak bola adalah pilihan yang baik bagi sesetengah orang, tapi harus hati-hati untuk tidak overindulge dalam dan membuang masa terlalu banyak. Namun, perlu diingat niat yang baik.
Seperti biasa, seorang lelaki muslim dan wanita diwajibkan untuk berpakaian dengan betul semasa bersenam, pastikan anda menutup `Awra-nya (ketelanjangan) dan untuk tidak memakai pakaian mendedahkan dan ketat seperti spandex. Dalam hal sukan melanggar undang-undang, (dan Allah Maha Tahu) bahawa tinju tidak sah kerana seorang muslim tidak boleh dipukul di wajah untuk sukan.
Secara umum, umat Islam harus berhati-hati bahawa program latihan mereka tidak baik membahayakan persahabatan mereka dan tidak membawa mereka ke tempat yang tidak senonoh.
Suami dan isteri boleh latihan dan bermain bersama. Ini adalah cara yang baik untuk membina cinta dan kebahagiaan bersama. Isteri Nabi `Aisyah berkata:
"Aku berlari dengan Nabi (damai dan rahmat kepadanya) dan mengalahkan dia di lomba. Kemudian, ketika aku telah menempatkan pada berat badan, kami berlari lagi dan ia menang. Lalu dia berkata, 'Ini membatalkan itu,' merujuk pada kesempatan sebelumnya ". (Diriwayatkan oleh Ahmad.)










Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

Pengikut