Pages

Selamat Datang ke blog penuh informasi saya, dapatkan info tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sini.. =)

Teks2

Selasa, 22 Mei 2012

Dasar 1 Murid 1 Sukan



Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah.

   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita. 

   Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri yang akan merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan
   di sekolah-sekolah.

   Semua Pengetua, PPD dan JPN diarahkan supaya mengambil tindakan terhadap pelaksanaan dasar ini sejajardengan hasrat kita untuk Konsep 
   1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

   Dasar 1M1S ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
   Ia juga selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, iaitu bermula dari peringkat sekolah melalui
   2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.





   Matlamat
   i. membangunkan modal insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun
  ii. memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas

   Objektif
   - meningkatkan kecergasan jasmani
   - membentuk sahsiah, jati diri,disiplin dan nilai murni
   - memupuk perpaduan di antara kaum
   - membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
   - memenuhi naluri semulajadi murid
   - memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
   - mewujud landasan ke arah kecemerlangan sukan

   Penilaian
   - Sistem penilaian yang sedia ada berasaskan kepada:
      i.   kehadiran
      ii.  jawatan serta sumbangan
      iii. penglibatan
      iv. pencapaian
   ** Perubahan pada sistem penilaian ini akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.



Muat turun di sini :










Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut