Pages

Selamat Datang ke blog penuh informasi saya, dapatkan info tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sini.. =)

Teks2

Sabtu, 19 Mei 2012

Nilai dalam PJK..





Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger..

=)

Terima kasih kerana masih mengikuti penulisan saya, jasa anda amat dihargai..

Pernahkah anda terfikir apakah nilai-nilai sebenar dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini?

Jika jawapannya tidak, saya akan cuba menerangkan kepada anda tentang nilai-nilai yang terdapat di dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan..

Teruskan mengikuti post ini supaya anda dapat apa yang saya hendak sampaikan..

=)

  • Nilai-nilai dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dibentuk atas prinsip bahawa manusia telah dijadikan sebaik-baik makhluk

  • Menghargai, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat meningkatkan produktivi dan kesejahteraan hidup

  • Menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan

  • Menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan

  • Menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya

  • Mengamalkan lakuan gerak badan yang baik dan sempurna dalam kegiatan harian

  •  Mementingkan langkah-langkah keselamatan dalam  sebarang kegiatan harian

  •  Berkeyakinan dalam menyusun program latihan kecergasan dan melakukannya bagi keperluan diri sendiri

  • Memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan cergas

  • Bertimbang rasa terhadap orang lain yang menghadapi masalah kesihatan dan bersedia membantu sejauh mana yang boleh

  • Bertanggungjawab, bekerjasama, berdisiplin, bertoleransi serta bersemangat persahabatan, kepimpinan dan kesukanan dalam segala kegiatan sukan dan kegiatan harian

Semua yang tertera di atas merupakan nilai-nilai dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, fahami dan amalkan..

=)








Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut