Pages

Selamat Datang ke blog penuh informasi saya, dapatkan info tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sini.. =)

Teks2

Isnin, 21 Mei 2012

Pemakanan Seorang Atlet





ANTARA individu yang paling ditekankan pemakanan mereka ialah seorang atlet sukan kerana

makanan merupakan sumber tenaga terpenting bagi membolehkan mereka sentiasa cergas dan berkeupayaan untuk terus bersukan.

Namun, terdapat juga atlet sukan yang cuba mengambil jalan pintas dengan menggunakan dadah sebagai perangsang kekuatan tenaga dan ini jelas melanggar etika ahli sukan dan boleh digugurkan terus daripada mana-mana pertandingan.

Secara umumnya, makanan untuk seorang atlet sukan harus mengandung zat gizi yang sesuai dengan keperluan aktiviti seharian mereka serta keperluan untuk bersukan. Makanan atlet sukan harus mengandungi zat gizi penghasil tenaga dengan jumlah
yang tertentu.

Selain itu, makanan itu juga harus mampu menggantikan zat gizi di dalam tubuh yang berkurangan akibat digunakan untuk aktiviti bersukan.

Aturan makanan terhadap seorang atlet sukan perlu dibuat secara individu dan pengambilan makanan harus mengambil kira jantina atlet, umur, berat badan dan jenis sukan.

Pengambilan makanan juga harus mempertimbangkan jangka waktu latihan,tempoh pertandingan dan masa pemulihan semula selepas bersukan.

Pergerakan yang terjadi pada atlet semasa bersukan adalah kerana adanya
kontraksi otot. Otot dapat berkontraksi kerana terdapat pembebasan tenaga berupa adenosine triphosphate (ATP) yang tersedia di dalam sel otot.

Jumlah ATP ini terbatas dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga hanya dalam waktu 1 - 2 saat sahaja. Kontraksi otot akan tetap berlaku apabila ATP yang berkurang dibentuk semula .

Pembentukan kembali ATP boleh berlaku hasil sumber seperti fosfat, glukosa, glikogen dan lemak. Secara tradisionalnya, atlet diharuskan memakan lebih banyak daging, telur, ikan, ayam, dan makanan yang kaya dengan sumber protein kerana menurut teori, protein akan membentuk otot yang diperlukan oleh atlet sukan.

Hasil penyelidikan bagaimanapun membuktikan bahawa bukan protein berlebihan yang membentuk otot melainkan latihan yang intensif. Untuk membina dan memperkuatkan
otot, atlet harus melakukan latihan ketahanan seperti angkat berat di dalam program latihan mereka.

Menu seorang atlet sukan harus mengandung semua zat gizi yang diperlukan iaitu karbohidrat,
lemak, protein, vitamin, mineral dan air.Menu atlet sukan disusun berdasarkan jumlah keperluan tenaga dan komposisi gizi yang menghasilkan tenaga yang seimbang.

Ia harus mengandung karbohidrat sebanyak 60 hingga 70 peratus, lemak (20 - 25 peratus) dan protein sebanyak 10 - 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga
yang diperlukan.


Pola pilihan makanan untuk atlet sukan

Pilihan paling bagus:
- Tinggi karbohidrat, rendah lemak, sumber vitamin dan mineral yang baik.

Pilihan yang bagus:
- Makanan bergizi, lebih sedikit karbohidrat dan lebih banyak lemak daripada
makanan ‘Pilihan yang paling bagus’. Nikmati secukupnya dan pilihlah makanan
lain yang dapat menyeimbangkan menu.

Berhenti dan pertimbangkan:
- Tinggi lemak dan rendah kandungan gizinya. Nikmati sedikit pada makanan anda atau diambil sekali-sekala.

Rendahkan tenaga ,Lebihkan karbohidrat
-Tambahkan makanan sumber karbohidrat di piring anda seperti nasi, mee, roti, kentang.


Nasihat penting: Makanlah makanan yang seimbang
-Tidak ada satu makanan pun merupakan makanan ajaib yang dapat memberikan
tenaga dan kekuatan serta merta.

- Sangat mustahak untuk mengambil makanan beraneka ragam untuk keseimbangan
suapan zat gizi

1. Tinggi karbohidrat : menyediakan cukup tenaga sepanjang latihan dan sentiasa sihat tubuh badan.

2. Rendah lemak : menjaga lemak tubuh sentiasa rendah dan menyediakan tempat untuk karbohidrat.

3. Cukup protein : menjaga tubuh dalam bentuk tubuh yang ideal.

4. Vitamin dan mineral : Makan aneka ragam makanan untuk menjamin vitamin
dan mineral diambil sepenuhnya. Semakin berwarna makanan di piring anda, semakin keperluan vitamin anda dapat dipenuhi.Pilihlah makanan yang tinggi kalsium dan zat besi.

Trivia:
BIJIRIN dan sayur-sayuran mengandungi
khasiat dan zat yang tinggi dan
sesuai untuk sajian ahli sukan.

BUAH-buahan dengan kandungan vitamin,
protein, mineral dan air digalakkan kepada
mereka yang sering bersukan.

SESEORANG atlet harus mengawal pemakanan
mereka dan tidak mengambilnya secara sembarangan. 










Bersama tingkatkan kecergasan diri demi menjamin kesihatan di masa hadapan.. =)

0 comments:

Catat Ulasan

Pengikut